Gunting Rambut Pelajar


Ada sesetengah sekolah guru disiplin telah mengambil inisiatif memanggil tukang gunting untuk mengunting rambut pelajar. Guru disipilin dah tension pasal 3 bulan buat macam-macam penerangan dan teguran pelajar buat tak endah aje. Mak bapak satu hal takkan tak lihat rambut anak mereka yang dah macam hantu!!


Akhirnya cikgu berkenaan menulis dalam group "Salam jumaat.sekadar perkongsian.setelah 3bulan bagi warning dekat budak.tapi tak berkesan.kami upah org luar datang gunting rambut.rm3.00...murid kena byr sendiri"



Apa pun saya ucapkan tahniah kepada guru berkenaan semoga Allah kekalkan semangat dan azam untuk menjaga keharmonian sekolah.

Guru Disiplin Juga Perlu Prihatin


Tautan kasih, murid yg ketidakhadiran 61 hari Dari Januari-Ogos. Akhirnya terungkai kisah. Murid 7 thn terpaksa Jaga adiknya umur 2 tahun. Hanya berdua dirumah yg agak😭😭😭😭




Tiada elektrik Tiada air. Hanya bergantung air hujan. Tahniah kepada Cikgu Junaidah Mahmood atas sikap prihatin beliau.

Coretan Guru Disiplin


Di awal saya diarahkan oleh pihak sekolah utk menggalas t/jawab sebagai (Guru Disiplin Sekolah) GDS merasa sedikit terbeban dengan tugas berat itu.

Sebagai GDS saya dihantar kursus oleh pihak sekolah. Selepas kursus saya telah dapat gambaran tentang tugas.

Dalam tahun pertama dan kedua banyak kes yg melibatkan pihak polis. Rasa tekanan pun ada. Tetapi cuba cari kelemahan saya dari segi prosedur dan tindakan. Alhamdulillah, boleh cuba atasinya dengan bantuan pentadbiran dan rakan2 yg lain.

Nasihat saya.

1) carilah mentor untuk belajar ttg selok belok disiplin.
2) cuba berhubung secara baik dgn rakan2 sekeliling.
3) ikut prosedur dlm setiap tindakan.
4) sesekali cubalah mendekati murid yg melakukan kesalahan jgn wujudkn perasaan benci pd mereka.
5) kita bukan mencari salah tetapi membetulkan kesilapan mereka.
6) cuba pelajari teknik meneroka, teknik membimbing dan teknik motivasi.
7) cuba elakkan bawa rotan secara kerap.
8) sebelum merotan tanya murid tersebut ttg kesilapannya
9) sesekali bergaul dgn rakan2 tnya ttg masalah murid, jgn tunggu dilaporkan sahaja.

Mudah-mudahan kita jadi GDS yg disayangi. InsyaAllah kita akan jd GDS terbaik.

Aplikasi 'MySekolah' pantau aktiviti pelajar


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Aplikasi mudah alih 'MySekolah,' bakal diperkenalkan bagi membolehkan ibu bapa mendapat maklumat terkini mengenai aktiviti anak-anak mereka di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, untuk permulaan aplikasi itu akan melalui tempoh percubaan di tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok, Kedah; SK Datin Fatimah di Kuala Nerang, Kedah dan SK Precint 14, Putrajaya.

Menurutnya, tempoh percubaan itu akan berlangsung selama tiga bulan di sekolah terbabit untuk melihat keberkesanan dan kesesuaian aplikasi itu, sebelum diperluaskan kepada lebih banyak sekolah.

"Aplikasi berkenaan, antara lain akan merekodkan dan memaparkan informasi mengenai kehadiran anak-anak ke sekolah, jadual pembelajaran, keputusan peperiksaan atau aktiviti yang berlangsung di sekolah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Celcom Axiata Berhad, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Orangetree Production Sdn Bhd, yang bersama-sama membangunkan aplikasi itu bagi memudahkan komunikasi secara langsung antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Perjanjian persefahaman itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Sdn. Bhd., Datuk Seri Shazalli Ramly; Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Orangetree Production Sdn. Bhd., Datuk Seri Jaspal Singh Korotana.

Kamalanathan berkata, kementerian amat mengalu-alukan usahasama itu, selari dengan anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dan anjakan kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. - BERNAMA

Mekanisme gubal Akta Perlindungan Guru diteliti


TANAH MERAH 8 Ogos - Cadangan penggubalan Akta Perlindungan Guru akan diteliti secara mendalam bagi mencari mekanisme terbaik untuk melindungi golo­ngan pendidik dalam era yang semakin mencabar sekarang.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, ketika ini perkara tersebut masih di peringkat awal dan pihaknya perlu menyemak terlebih dahulu cadangan berkenaan.

“Kami berpegang kepada kenyataan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang mengambil perhatian dan menyokong cadangan tersebut.

“Setakat ini, kita masih belum melihat skop perlindungan untuk akta berkenaan kerana ia baru sahaja dicadangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah-Sekolah dalam Parlimen Tanah Merah di Pejabat Pendidikan Tanah Merah di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Pejabat Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz; Pengarah Pendidikan Kelantan, Datuk Ab. Aziz Abdullah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Mohd. Bakri Mustapha.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta Kementerian Pendidikan meneliti cadangan supaya Akta Perlindungan Guru digubal ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh, kelmarin.

Usul bagi penggubalan akta itu diluluskan persidangan tersebut selepas dicadang oleh seorang perwakilan Wanita UMNO, Zalilawati Majidah yang antara lain bertujuan melindungi guru daripada diserang, diugut dan diancam oleh pelajar serta ibu bapa ketika menjalankan tugas rasmi.

Pokemon, Pokemon Go tidak dibenarkan di sekolah


KUALA KLAWANG
: Permainan siber Pokemon dan Pokemon Go tidak akan dibenarkan di dalam kawasan sekolah di negara ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan, perkara itu selaras larangan terhadap pelajar membawa telefon pintar atau telefon bimbit ke sekolah yang dikuatkuasakan selama ini.

Beliau mahu pihak sekolah bertindak lebih tegas, dengan merampas telefon bimbit pelajar jika mereka dikesan menggunakannya untuk bermain permainan siber itu.

"Guru perlu merampas telefon bimbit pelajar jika mereka dikesan menggunakannya untuk bermain permainan siber itu," katanya selepas majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu di sini, hari ini.
Pokemon dan Pokemon Go menjadi fenomena di Malaysia sejak ia boleh dimuat turun pada Sabtu.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah


Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih berusia muda itu.

Di bawah ini adalah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa dan Mengguna Telefon Bimbit oleh Murid di Sekolah.


Subscribe Me

Subscribe via RSS Feed If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.

Comment